+6017 331 9765 sales@lipidware.com
Your E-solution. Reviving your Natural Shield.

Mini Cart

ECZEMAPEDIA

APA ITU ATOPIC DERMATITIS (AD)?

AD adalah keadaan kulit yang gatal, radang dan kronik yang lazim berlaku pada kanak -kanak tetapi boleh juga berlaku pada orang dewasa. Ia lebih dikenali sebagai eksema atau eksema atopik dan merupakan bentuk dermatitis yang paling lazim dijumpai.

AD biasanya dihidapi oleh mereka yang cenderung kepada “atopy”. Ini bermaksud individu tersebut mungkin boleh mendapat salah satu atau kesemua penyakit yang berkaitan iaitu AD, asma dan allergic rhinitis (resdung). Biasanya, keadaan ini diturunkan secara genetik dari satu keturunan kepada keturunan yang seterusnya. Oleh itu, sejarah keluarga AD, asma dan resdung akan membantu doktor utk membuat diagnosis pada bayi atau kanak-kanak.

AD berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti interaksi kompleks antara genetik dengan faktor persekitaran. Ini melibatkan faktor seperti benteng pertahanan kulit yang terjejas (defects in skin barrier function) yang menyebabkan kulit lebih cenderung kepada iritasi oleh bahan kimia seperti sabun, perengsa lain (contact irritants), cuaca, suhu dan perengsa yang tak spesifik. Pelbagai faktor ini menyukarkan pesakit AD mengesahkan pencetus keadaannya.

BAGAIMANAKAH RUPA AD?

Ada pelbagai variasi dalam rupa AD di antara individu yang berbeza. Biasanya, individu boleh mendapat flare akut dengan keadaan kulit yang radang, merah, berair dan luka. Di antara masa flare tersebut, keadaan kulit mungkin mempunyai rupa normal atau mendapat eksema kronik dengan keadaan kulit yang menebal, kering dan sangat gatal.

Jangkitan bakteria, pelembap yg dipakai, umur individu, bangsa, warna kulit dan banyak faktor lain boleh mempengaruhi bentuk dan rupa eksema tersebut. Walaubagaimanapun, ada ciri atau persamaan pada lokasi ruam eksema tersebut berdasarkan umur individu.

BAYI

Eksema pada bayi yang kurang dari setahun biasanya akan melibatkan suatu kawasan yang lebih luas pada badan. Kulitnya biasanya kering, bersisik dan merah dengan tanda garuan. Pipi biasanya merupakan tempat pertama ruam eksema naik. Bahagian kemaluan biasanya jarang mendapat ruam eksema kerana kawasan tersebut lebih “lembap” akibat pemakaian diaper. Walaubagaimanapun, setengah bayi mungkin boleh mendapat irritant napkin dermatitis, jika diaper atau kain lampin yang basah dan kotor dibiarkan bersentuhan dengan kulit untuk masa yang lama.

KANAK KANAK PRA SEKOLAH

Bila kanak kanak mula bergerak, eksema menjadi lebih tertumpu pada suatu kawasan tertentu dan kulit di situ mula menebal. Kanak-kanak yang pandai menggaru di kawasan tersebut akan mendapat ruam yg merah, radang, luka dan pedih. Eksema bagi kumpulan ini biasanya terdapat di bhg luaran (extensor) di bhg pelipat, di pergelangan tangan, kaki, siku tangan dan lutut. Ia boleh juga terdapat di bhg kemaluan.

Bila kanak kanak tersebut membesar, ruam tersebut akan beralih ke bhg dalaman (flexor) pelipat yang tersebut di atas pula dan kurang di bhg luaran permukaan pelipat tersebut. Kawasan kulit tersebut akan kelihatan tebal (lichenified) dan kering akibat garuan dan geseran yang kerap berlaku. Bagi setengah kanak-kanak, rupa eksema di bhg extensor pelipat wujud hingga ke dewasa.

KANAK KANAK BERSEKOLAH

Eksema pada kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah biasanya terdapat di bhg pelipat seperti di siku dan lutut. Kawasan lain yg cenderung mendapat eksema adalah di sekitar mata, telinga, leher dan kepala. Mereka mungkin boleh mendapat biji biji berair yang gatal pada tapak tangan, jari, kadang kadang pada kaki dan ini dikenali sebagai pompholyx atau vesicular hand/foot dermatitis. Ramai kanak kanak menunjukkan corak ruam “nunmular” yang merujuk pada ruam berbentuk bulat yang kering, merah, gatal dan lazim disilap diagnosis sebagai ringworm atau jangkitan kulat. Lazimnya, eksema kanak-kanak bertambah baik di zaman sekolah dan “hilang” bila mencapai umur belasan tahun, walaupun benteng pertahanan kulit masih tidak normal lagi.

ORANG DEWASA

Orang dewasa yang ada AD boleh menunjukkan pelbagai corak dan lokasi eksemanya. Kulitnya biasanya lebih kering dan tebal dari masa kanak kanak. Biasanya, orang dewasa mempunyai ruam eksema di suatu kawasan tertentu yg sukar utk baik dan kawasan ini mungkin melibatkan bhg mata, pelipat, bhg puting (nipples), tangan atau kesemua kawasan ini. Jangkitan bakteria Staphylococcus mungkin sering berlaku. AD merupakan faktor utama bg irritant contact dermatitis yang disebabkan oleh pekerjaan seseorang. Ia biasanya melibatkan tangan yg sering terkena air, detergen dan atau bahan kimia. Ia juga boleh menjadi allergic dermatitis. Dermatitis tangan pada orang dewasa biasanya adalah jenis kering, tebal dengan biji biji berair.

ADAKAH AD INI WUJUD UNTUK SELAMANYA?

Seramai 15-20% kanak kanak mendapat AD dan peratusan ini adalah kurang bagi orang dewasa. Adalah amat sukar bagi seseorang untuk mengetahui jika eksemanya akan pulih dengan sendiri atau wujud sehingga tua.

Walaubagaimanapun, kulit pesakit AD yg sensitif akan wujud seumur hidup. Satu kajian meta analisis yang melibatkan 110,000 pesakit eksema mendapati 20% drp kanak kanak yg ada AD masih mempunyai AD 8 tahun kemudiannya. Kurang dari 5% mempunyai AD 20 tahun kemudian. Kanak kanak yang mendapat AD sebelum umur 2 tahun biasanya mempunyai risiko yang lebih baik untuk pulih daripada mereka yang mengidap AD bila dewasa atau semasa remaja. Masa onset atau masa wujudnya AD adalah biasanya sebelum umur 2 tahun walaupun ada yang mendapatnya pada kali pertama semasa dewasa.

AD adalah paling teruk semasa umur antara 2 ke 4 tahun, dan biasanya bertambah baik selepas umur tersebut dan mungkin “hilang” dengan sendirinya semasa remaja.

Sesetengah pekerjaan spt bertani, dandanan rambut,kerja pencucian domestik, suri rumah, menjaga bayi atau pesakit boleh menerukkan lagi keadaan. Bg pesakit AD, pemilihan pekerjaan yang tidak melibatkan pendedahan kepada perengsa atau alergen adalah amat penting. Ia adalah lebih sukar untuk menukar pekerjaan seseorang bila telah dewasa, jadi pemilihan yg betul semasa di alam remaja/muda adalah sangat penting.

RAWATAN BAGI AD

Rawatan bg AD boleh jadi berbulan atau bertahun lamanya bergantung pada keadaan. Ia memerlukan:

    • pengelakan dari terdedah kepada faktor pencetus (setakat yg boleh)
    • sapuan pelembap yang sangat kerap
    • sapuan steroid (bila diperlukan)
    • sapuan perencat calcineurin spt krim pimecrolimus atau tacrolimus
    • antibiotik
    • anti histamine
    • Terapi foto
    • corticosteroid oral

 

Eksema yang sangat teruk dan kronik mungkin memerlukan agen immunosuppressant seperti:

    • methotrexate
    • ciclosporin
    • azathioprine

 

Kajian klinikal ubatan biologik menunjukkan keputusan yang merangsangkan seperti:

– Dupilumab

Continue Reading

ECZEMAPEDIA

ACRODERMATITIS ENTEROPATHICA

Primary Acrodermatitis enteropathica (AE) atau penyakit AE primer merupakan sejenis penyakit genetik yang dicirikan dengan cirit birit, keradangan di sekitar mulut dan/atau anus dan juga keguguran rambut. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu acrodermatitis enteropathy, sindrom malabsorption zink (penyerapan zink yang tidak efisien) sindrom Danbolt-Closs dan Sindrom Brandt.

Kekurangan atau defisiensi zink pula dikenali sebagai AE sekunder (secondary or acquired zinc deficiency).

APAKAH PERANAN ZINK DALAM BADAN?

Zink merupakan komponen yg penting dalam diet manusia. Zink dalam susu ibu adalah lebih mudah diserap daripada zink dalam susu formula atau dalam susu lembu. Oleh itu, bayi yang diberi susu ibu biasanya menunjukkan simptom simptom AE lebih lewat berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Zink juga boleh didapati dari makanan seperti daging, makanan laut dan germa gandum. Phytate yang terdapat dalam bijirin dan kacang soya dan kandungan kalsium yg tinggi boleh menganggu dan merendahkan penyerapan zink melalui duodenum.

Zink diperlukan oleh badan untuk membantu metalloenzim yang terlibat dalam pelbagai proses selular dalam badan. Ini termasuklah penghasilan agen anti keradangan seperti cytokines dan antioksida. Zink juga terlibat dalam fungsi normal otak.

APA YG MENYEBABKAN AE?

AE primer adalah disebabkan oleh penyerapan zink yang tidak efisien melalui sel usus. Ia berkaitan dengan mutasi dalam gen SLC39A4 yang mengkodkan protein pengangkut zink, ZIP4. Kekurangan protein pengangkut ini menyebabkan pengambilan zink berkurangan dan metabolisma zink yang abnormal dalam badan.

Utk AE jenis kongenital iaitu AE yang diperolehi sejak dilahirkan, seseorang mestilah mempunyai dua gen yang membawa AE (satu dari setiap ibu dan bapa) atau mempunyai gen autosomal recessive. Jika seseorang itu mendapat hanya satu gen yang defektif dan satu gen normal dari ibu bapanya, maka individu tersebut merupakan pembawa penyakit AE, dan biasanya tidak akan menunjukkan simptom simptom AE.

AE sekunder adalah disebabkan oleh kekurangan zink yang mungkin boleh disebabkan oleh faktor berikut:

      • kekurangan zink dalam diet
      • intestinal malabsorption akibat penyakit spt penyakit pankreatik, keradangan usus, pembedahan intestinal bypass dll.
      • kehilangan zink dari air kencing akibat sindrom nefrotik
      • keadaan katabolik yg tinggi akibat trauma, kebakaran, cirrhosis, pembedahan yang banyak
SIMPTOM-SIMPTOM AE

Simptom AE primer biasanya boleh dilihat dalam bayi yang diberi susu formula dalam beberapa hari atau minggu selepas dilahirkan dan bagi bayi yang diberi susu ibu pula, simptomnya akan wujud selepas ibu berhenti memberi susu ibu. Kedua dua bayi lelaki dan perempuan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mendapat AE primer.

AE sekunder boleh berlaku pada semua peringkat umur, dan lebih kerap berlaku pada golongan yang lebih tua.

Ciri-ciri yang biasa dilihat adalah:

    • kemerahan dan keradangan yang kering dan bersisik di sekitar pembukaan seperti mulut, anus, dan mata, dan juga kulit disekitar siku, lutut, tangan dan kaki. Ruamnya kelihatan seperti atopik dermatitis.
    • ruam yang radang boleh bertukar menjadi berkerak, berair, bernanah dan melepuh.
    • kulit disekitar kuku menjadi radang dan mempunyai “ridges” (garisan)
    • rambut yang sangat kurang atau jarang di kepala, bulu mata dan bulu kening.
    • luka yang wujud boleh mendapat jangkitan sekunder seperti jangkitan Candida albicans dan Staphylococcus aureus.
    • ciri mukosa pula seperti lidah yang merah dan berkilat, angular cheilitis (keradangan di tepi bibir) dan ulser mulut.
    • luka yang lambat sembuh

Simptom -simptom lain termasuklah:

    • conjunctivitis
    • sensitif terhadap cahaya
    • kehilangan selera makan
    • cirit birit yang ringan atau teruk
    • kemurungan
    • tumbesaran yang terbantut
    • bayi yang selalu menangis
CARA DIAGNOSIS AE

Jika doktor mengesyaki ia merupakan kes AE atau kekurangan zink, maka ujian berikut akan dilakukan:

*melihat kandungan zink dalam serum/plasma (tahap normal adalah 10.7-23 mikromol/L)

*ujian darah untuk melihat jika anemia

*biopsi kulit

CARA RAWATAN

AE yang disebabkan oleh genetik biasanya dirawat dengan suplemen zink secara oral sebanyak 1mg/kg berat badan setiap hari sepanjang hayat individu tersebut. Zink gluconate adalah lebih mudah diterima daripada zink zulfate. Zink juga boleh diberi semasa mengandung.

Selepas diberi suplemen zink, luka dan ruam pada kulit akan pulih selepas 1-2 minggu, cirit birit akan berhenti dan bayi akan kurang menangis dan rasa murung.

Walaupun suplemen zink tidak toksik, pengambilan zink dalam dos yang tinggi untuk jangkamasa yg lama boleh menyebabkan simptom gastrointestinal, rasa pening dan kekurangan zat kuprum yang boleh menyebabkan anemia pula.

Continue Reading
ECZEMAPEDIA
PELBAGAI KEADAAN KUKU

Keadaan kuku kita boleh menjadi “cermin” kepada kesihatan diri dan setengah jenis rupabentuk kuku boleh disebabkan oleh penyakit tertentu termasuklah eksema, psoriasis, anemia, jangkitan bakteria, jangkitan fungus dan lain lain lagi. Marilah kita sama-sama mempelajari mengenainya secara ringkas:

  1. KUKU PUTIH (WHITE NAILS)

Jika kuku kelihatan putih, ia boleh disebabkan oleh masalah hati spt hepatitis. Jika dilihat dalan gambar yang ditunjukkan, jari tersebut juga kelihatan kuning menunjukkan simptom jaundis yg sekali lagi menunjukkan masalah hati.

  1. KUKU KUNING (YELLOW NAILS)

Salah satu penyebab yg paling lazim bagi kuku yang berwarna kuning adalah jangkitan fungus. Bila jangkitan tersebut bertambah teruk, dasar kuku boleh mengecut (retract) dan kuku boleh menebal dan menjadi rapuh. Dalam keadaan yang tertentu, ia juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah tiroid, paru paru, diabetes atau psoriasis.

  1. KUKU BIRU (BLUE NAILS)

Kuku yg berwarna biru mungkin disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan. Ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah paru paru seperty emphysema. Setengah jenis masalah jantung juga boleh menyebabkan kuku biru.

  1. KUKU JENIS “PITTED @ RIPPLED “

Jika permukaan kuku mempunyai lubang lubang kecil (pitted), ia mungkin merupakan simptom awal bg penyakit psoriasis atau arthritis. Kuku mungkin bertukar warna dan kulit dibawah kuku berwarna merah-perang.

  1. KUKU RETAK (SPLIT NAILS)

Kuku yang kering, rapuh mudah retak dan mungkin ada kaitannya dengan penyakit tiroid. Jika kuku retak dan berwarna kuning, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan fungus.

  1. KULIT SEKITAR KUKU MERAH DAN RADANG

Jika kulit sekitar kuku kelihatan radang dan bengkak, ini mungkin disebabkAn oleh keradangan di bahagian dasar kuku. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan atau disebabkan oleh masalah lupus.

  1. ACRAL LENTIGINOUS MELANOMA

Garis hitam di bawah kuku perlu diselidik dengan segera. Ia mungkin disebabkan oleh melanoma, sejenis kanser kulit yg sangat merbahaya.

  1. KUKU YG DIGIGIT (NAIL BITING)

Menggigit kuku boleh merupakan tabiat bagi setengah orang bila mereka risau dan mempunyai masalah. Eloklah berjumpa dengan doktor utk membincangkan cara utk merawat tabiat ini.

  1. ONCHOMYCOSIS

Ia merupakan jangkitan fungus/yis yg menyebabkan kuku menjadi putih, tebal, opaque dan rapuh. Keadaan kulit yg lembap, diabetes boleh menerukkan lagi keadaan.

  1. KUKU JENIS “CLUBBED “

Kuku jenis ini membengkok ke bawah dan boleh menjadi petunjuk kepada masalah sistemik spt cirrhosis, cystic fibrosis, masalah keradangan usus, dan masalah jantung kongenital.

  1. LEUKONYCHIA STRIATA

Kuku jenis ini mempunyai tompok tompok putih akibat trauma, manicure atau masalah sistemik. Lazimnya, penyebab keadaan ini tidak dapat dikenalpasti.

I2. ONYCHOLYSIS

Kuku yang berwarna putih dah tertanggal dari dasar dan tidak lagi terlekat pada kulit. Ia boleh disebabkan oleh psoriasis , jangkitan fungus dan luka.

  1. PARONYCHIA

Bila bakteria Pseudomonas menyebabkan jangkitan pada kuku, kuku boleh bertukar ke warna hijau kehitaman.

  1. GARIS BEAU

Terdapat satu garis di bhg tengah kuku akibat kuku berhenti tumbuh seketika akibat demam teruk, luka, kemoterapi atau tekanan hidup.

  1. ONYCHOGRYPHOSIS (RAM’s HORN NAILS)

Ini berlaku bila kuku menjadi tebal dan tumbuh ke luar. Ini mungkin merupakan penyakit keturunan atau disebabkan oleh psoriasis, ichthyosis atau masalah pengedaran darah.

  1. KOILONYCHIS (SPOON SHAPED NAILS)

Jika bhg tengah kuku membentuk satu lurah dan kuku mempunyai rupa sudu, ini mungkin disebabkan oleh kekurangan zat besi, kekurangan nutrien, masalah perut atau usus, alah pada gluten (masalah celiac) atau hidup di kawasan beraltitud tinggi.

  1. ONYCHOTILLOMANIA

Jika terdapat lurah dan garis garis di bhg tengah kuku, ini mungkin disebabkan oleh tabiat sering menolak kutikel kuku.

Continue Reading
ECZEMAPEDIA
KERATOSIS PILARIS (“CHICKEN SKIN”)

Keratosis pilaris (KP) yang juga dikenali sebagai “chicken skin” merupakan keadaan kulit yg lazim berlaku. Biji-biji yang kelihatan seperti jerawat ini sebenarnya adalah sel kulit yang mati yang menyumbat folikel rambut. Jerawat ini boleh berwarna merah atau perang. Ia biasanya wujud di bhg atas lengan, peha, pipi atau punggung. Ia tidak berjangkit dan biasanya tidak gatal dan tidak menyebabkan sebarang masalah. KP boleh bertambah teruk apabila cuaca kering dan bila kulit kering. Ia juga boleh bertambah teruk semasa mengandung.

KP adalah penyakit kulit yang ada kaitan genetik dan tidak mempunyai rawatan tertentu . Ia biasanya akan hilang secara sendiri bila seseorang mencapai umur 30an.

SYMPTOM KP

Simptom utama KP adalah biji biji yang timbul yang menyerupai seperti kulit ayam yg telah dicabut bulunya. Ia boleh timbul di mana folikel rambut wujud. Oleh itu, KP tidak akan timbul di kawasan tapak tangan dan tapak kaki. Ia lebih kerap berlaku di bhg atas lengan dan peha. Ia boleh juga timbul di bhg kaki dan tangan yang lain. Simptom yang lain adalah:

    1. warna merah sekeliling biji tersebut
    2. Kulit yang rasa gatal
    3. Kulit yang kering
    4. Biji biji yang timbul yang rasa seperti kertas pasir
    5. Biji tersebut boleh mempunyai warna yg berbeza bergantung pada warna kulit (putih, merah, merah jambu, hitam atau perang)
PENYEBAB KP

Keadaan kulit yang benign ini adalah disebabkan oleh pengumpulan keratin iaitu sejenis protein rambut di dalam liang roma. Jika anda mempunyai KP, ini bermakna keratin rambut anda telah menyumbat liang pori rambut. Akibatnya, biji biji kecil yang timbul wujud di bhg di mana rambut sepatutnya wujud. Jika anda menggaru biji tersebut, anda mungkin dapat melihat rambut yang hauls di bhg bawah biji tersebut.

Penyebab pengumpulan keratin ini masih tidak diketahui, tapi ada pakar yang berpendapat ianya ada kaitan dengan penyakit kulit yg lain seperti atopic dermatitis (eksema) dan penyakit genetik yg lain.

SIAPA YANG BOLEH MENDAPAT KP?

Ia lazim berlaku pada mereka yang mempunyai:

    1. kulit kering
    2. Eksema
    3. Ichytosis
    4. Resdung
    5. Melanoma
    6. Obese
    7. Wanita
    8. Kanak-kanak atau remaja

 

KP lebih kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja dan biasanya akan hilang semaa pertengahan umur 20an dan dalam kebanyakan kes, hilang sepenuhnya semasa umur 30an. Perubahan hormon semasa mengandung atau semasa mencapai baligh boleh menyebabkan KP bertambah teruk. KP lebih lazim berlaku pada mereka yang mempunyai kulit yg cerah.

CARA RAWATAN

Tidak ada ubat yg boleh menyembuhkan KP dan biasanya tidak banyak rawatan yang boleh membaiki keadaannya. Antara teknik yang boleh dipakai adalah:

    1. Memakai pelembap untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Pelembap yang mengandungi urea dan asid laktik adalah sesuai utk mengeluarkan sel kulit yg mati dan menghalang folikel rambut dari tersumbat.
    2. Microdermabrasion
    3. Chemical peels
    4. Krim retinol

Ramuan dalam krim diatas boleh menyebabkan iritasi dan rasa pedih dan boleh mengeringkan kulit, oleh itu, ia mestilh dipakai selepas mendapat nasihat pakar kulit.

RAWATAN RUMAH

Anda juga boleh mencuba teknik-teknik ini di rumah spt:

    1. Mandian dengan air suam untuk jangka pendek untuk melembutkan liang pori yg tersumbat dan berus dengan berus lembut di bhg biji tersebut. Proses ini mesti dilakukan utk jangka pendek kerana ia boleh mengeringkan kulit juga.
    2. “Exfoliation” (pengeluaran sel kulit mati) boleh dilakukan dengan kerap menggunakan loofah atau batu pumis.
    3. Mengguna kan minyak kelapa sebagai bes untuk sugar scrub untuk mengeluarkan sel kulit mati dan meredakan kulit yg merah dan radang.
    4. Elak dari memakai pakaian yg ketat
    5. Guna humidifier di rumah supaya udara di bilik tidak kering

 

          

Continue Reading

Recently, I received many messages from mothers with eczema children asking if they should vaccinate their children. The worry is understandable as eczema involves the child’s immune system and mothers worry that vaccinations can somehow damage their child’s immunity. Claims from other parents about their child getting eczema after immunization also adds to the scare.

I just want to emphasize again that vaccines (including MMR) do not cause eczema.

There are some cases in certain children, although quite rare, where their eczema flared up after vaccination. Doctors or pediatrician giving the vaccination to an eczema child should warn parents of this possibility. Children who have a severe allergy to egg can be given the MMR vaccine as the attenuated MMR viruses are grown on cultures of chick embryo fibroblasts and not on egg white or yolk. If you do have concerns about your child’s egg allergy, do talk to your doctor about this.

There are many different studies that have been conducted studying the link between vaccines and eczema and I will not go into detail into these. One should be able to get this information from the many scientific papers published and reviewed on this subject matter. To date, there is no conclusive evidence that supports the link between vaccines and eczema.

In my opinion, by choosing not to vaccinate your eczema child, you are leaving her vulnerable to diseases. As I see it, vaccination isn’t an all or nothing decision. Should your child have severe allergic or eczema conditions, you can opt to delay vaccinating your child until his condition has stabilized.

As a mother of an eczema child myself, I get very distressed when I hear of other parents advocating other parents not to vaccinate as well based on their false belief that vaccinations cause eczema or exacerbate the eczema conditions.

When this happens, it leaves our young children, the elderly and the immunocompromised to become vulnerable to infectious diseases, which can cause severe complications and even fatalities.

I strongly believe that vaccines play a critical role in limiting or eradicating many very serious infectious diseases. As parents, it is our responsibility to protect our children from these vaccine-preventable diseases. So, let us make the decision to vaccinate based on rational reasoning and not based on fear and false beliefs.

Continue Reading
Select your currency