ECZEMAPEDIA

APA ITU ATOPIC DERMATITIS (AD)?

AD adalah keadaan kulit yang gatal, radang dan kronik yang lazim berlaku pada kanak -kanak tetapi boleh juga berlaku pada orang dewasa. Ia lebih dikenali sebagai eksema atau eksema atopik dan merupakan bentuk dermatitis yang paling lazim dijumpai.

AD biasanya dihidapi oleh mereka yang cenderung kepada “atopy”. Ini bermaksud individu tersebut mungkin boleh mendapat salah satu atau kesemua penyakit yang berkaitan iaitu AD, asma dan allergic rhinitis (resdung). Biasanya, keadaan ini diturunkan secara genetik dari satu keturunan kepada keturunan yang seterusnya. Oleh itu, sejarah keluarga AD, asma dan resdung akan membantu doktor utk membuat diagnosis pada bayi atau kanak-kanak.

AD berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti interaksi kompleks antara genetik dengan faktor persekitaran. Ini melibatkan faktor seperti benteng pertahanan kulit yang terjejas (defects in skin barrier function) yang menyebabkan kulit lebih cenderung kepada iritasi oleh bahan kimia seperti sabun, perengsa lain (contact irritants), cuaca, suhu dan perengsa yang tak spesifik. Pelbagai faktor ini menyukarkan pesakit AD mengesahkan pencetus keadaannya.

BAGAIMANAKAH RUPA AD?

Ada pelbagai variasi dalam rupa AD di antara individu yang berbeza. Biasanya, individu boleh mendapat flare akut dengan keadaan kulit yang radang, merah, berair dan luka. Di antara masa flare tersebut, keadaan kulit mungkin mempunyai rupa normal atau mendapat eksema kronik dengan keadaan kulit yang menebal, kering dan sangat gatal.

Jangkitan bakteria, pelembap yg dipakai, umur individu, bangsa, warna kulit dan banyak faktor lain boleh mempengaruhi bentuk dan rupa eksema tersebut. Walaubagaimanapun, ada ciri atau persamaan pada lokasi ruam eksema tersebut berdasarkan umur individu.

BAYI

Eksema pada bayi yang kurang dari setahun biasanya akan melibatkan suatu kawasan yang lebih luas pada badan. Kulitnya biasanya kering, bersisik dan merah dengan tanda garuan. Pipi biasanya merupakan tempat pertama ruam eksema naik. Bahagian kemaluan biasanya jarang mendapat ruam eksema kerana kawasan tersebut lebih “lembap” akibat pemakaian diaper. Walaubagaimanapun, setengah bayi mungkin boleh mendapat irritant napkin dermatitis, jika diaper atau kain lampin yang basah dan kotor dibiarkan bersentuhan dengan kulit untuk masa yang lama.

KANAK KANAK PRA SEKOLAH

Bila kanak kanak mula bergerak, eksema menjadi lebih tertumpu pada suatu kawasan tertentu dan kulit di situ mula menebal. Kanak-kanak yang pandai menggaru di kawasan tersebut akan mendapat ruam yg merah, radang, luka dan pedih. Eksema bagi kumpulan ini biasanya terdapat di bhg luaran (extensor) di bhg pelipat, di pergelangan tangan, kaki, siku tangan dan lutut. Ia boleh juga terdapat di bhg kemaluan.

Bila kanak kanak tersebut membesar, ruam tersebut akan beralih ke bhg dalaman (flexor) pelipat yang tersebut di atas pula dan kurang di bhg luaran permukaan pelipat tersebut. Kawasan kulit tersebut akan kelihatan tebal (lichenified) dan kering akibat garuan dan geseran yang kerap berlaku. Bagi setengah kanak-kanak, rupa eksema di bhg extensor pelipat wujud hingga ke dewasa.

KANAK KANAK BERSEKOLAH

Eksema pada kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah biasanya terdapat di bhg pelipat seperti di siku dan lutut. Kawasan lain yg cenderung mendapat eksema adalah di sekitar mata, telinga, leher dan kepala. Mereka mungkin boleh mendapat biji biji berair yang gatal pada tapak tangan, jari, kadang kadang pada kaki dan ini dikenali sebagai pompholyx atau vesicular hand/foot dermatitis. Ramai kanak kanak menunjukkan corak ruam “nunmular” yang merujuk pada ruam berbentuk bulat yang kering, merah, gatal dan lazim disilap diagnosis sebagai ringworm atau jangkitan kulat. Lazimnya, eksema kanak-kanak bertambah baik di zaman sekolah dan “hilang” bila mencapai umur belasan tahun, walaupun benteng pertahanan kulit masih tidak normal lagi.

ORANG DEWASA

Orang dewasa yang ada AD boleh menunjukkan pelbagai corak dan lokasi eksemanya. Kulitnya biasanya lebih kering dan tebal dari masa kanak kanak. Biasanya, orang dewasa mempunyai ruam eksema di suatu kawasan tertentu yg sukar utk baik dan kawasan ini mungkin melibatkan bhg mata, pelipat, bhg puting (nipples), tangan atau kesemua kawasan ini. Jangkitan bakteria Staphylococcus mungkin sering berlaku. AD merupakan faktor utama bg irritant contact dermatitis yang disebabkan oleh pekerjaan seseorang. Ia biasanya melibatkan tangan yg sering terkena air, detergen dan atau bahan kimia. Ia juga boleh menjadi allergic dermatitis. Dermatitis tangan pada orang dewasa biasanya adalah jenis kering, tebal dengan biji biji berair.

ADAKAH AD INI WUJUD UNTUK SELAMANYA?

Seramai 15-20% kanak kanak mendapat AD dan peratusan ini adalah kurang bagi orang dewasa. Adalah amat sukar bagi seseorang untuk mengetahui jika eksemanya akan pulih dengan sendiri atau wujud sehingga tua.

Walaubagaimanapun, kulit pesakit AD yg sensitif akan wujud seumur hidup. Satu kajian meta analisis yang melibatkan 110,000 pesakit eksema mendapati 20% drp kanak kanak yg ada AD masih mempunyai AD 8 tahun kemudiannya. Kurang dari 5% mempunyai AD 20 tahun kemudian. Kanak kanak yang mendapat AD sebelum umur 2 tahun biasanya mempunyai risiko yang lebih baik untuk pulih daripada mereka yang mengidap AD bila dewasa atau semasa remaja. Masa onset atau masa wujudnya AD adalah biasanya sebelum umur 2 tahun walaupun ada yang mendapatnya pada kali pertama semasa dewasa.

AD adalah paling teruk semasa umur antara 2 ke 4 tahun, dan biasanya bertambah baik selepas umur tersebut dan mungkin “hilang” dengan sendirinya semasa remaja.

Sesetengah pekerjaan spt bertani, dandanan rambut,kerja pencucian domestik, suri rumah, menjaga bayi atau pesakit boleh menerukkan lagi keadaan. Bg pesakit AD, pemilihan pekerjaan yang tidak melibatkan pendedahan kepada perengsa atau alergen adalah amat penting. Ia adalah lebih sukar untuk menukar pekerjaan seseorang bila telah dewasa, jadi pemilihan yg betul semasa di alam remaja/muda adalah sangat penting.

RAWATAN BAGI AD

Rawatan bg AD boleh jadi berbulan atau bertahun lamanya bergantung pada keadaan. Ia memerlukan:

    • pengelakan dari terdedah kepada faktor pencetus (setakat yg boleh)
    • sapuan pelembap yang sangat kerap
    • sapuan steroid (bila diperlukan)
    • sapuan perencat calcineurin spt krim pimecrolimus atau tacrolimus
    • antibiotik
    • anti histamine
    • Terapi foto
    • corticosteroid oral

 

Eksema yang sangat teruk dan kronik mungkin memerlukan agen immunosuppressant seperti:

    • methotrexate
    • ciclosporin
    • azathioprine

 

Kajian klinikal ubatan biologik menunjukkan keputusan yang merangsangkan seperti:

– Dupilumab