ECZEMAPEDIA
PELBAGAI KEADAAN KUKU

Keadaan kuku kita boleh menjadi “cermin” kepada kesihatan diri dan setengah jenis rupabentuk kuku boleh disebabkan oleh penyakit tertentu termasuklah eksema, psoriasis, anemia, jangkitan bakteria, jangkitan fungus dan lain lain lagi. Marilah kita sama-sama mempelajari mengenainya secara ringkas:

  1. KUKU PUTIH (WHITE NAILS)

Jika kuku kelihatan putih, ia boleh disebabkan oleh masalah hati spt hepatitis. Jika dilihat dalan gambar yang ditunjukkan, jari tersebut juga kelihatan kuning menunjukkan simptom jaundis yg sekali lagi menunjukkan masalah hati.

  1. KUKU KUNING (YELLOW NAILS)

Salah satu penyebab yg paling lazim bagi kuku yang berwarna kuning adalah jangkitan fungus. Bila jangkitan tersebut bertambah teruk, dasar kuku boleh mengecut (retract) dan kuku boleh menebal dan menjadi rapuh. Dalam keadaan yang tertentu, ia juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah tiroid, paru paru, diabetes atau psoriasis.

  1. KUKU BIRU (BLUE NAILS)

Kuku yg berwarna biru mungkin disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan. Ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah paru paru seperty emphysema. Setengah jenis masalah jantung juga boleh menyebabkan kuku biru.

  1. KUKU JENIS “PITTED @ RIPPLED “

Jika permukaan kuku mempunyai lubang lubang kecil (pitted), ia mungkin merupakan simptom awal bg penyakit psoriasis atau arthritis. Kuku mungkin bertukar warna dan kulit dibawah kuku berwarna merah-perang.

  1. KUKU RETAK (SPLIT NAILS)

Kuku yang kering, rapuh mudah retak dan mungkin ada kaitannya dengan penyakit tiroid. Jika kuku retak dan berwarna kuning, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan fungus.

  1. KULIT SEKITAR KUKU MERAH DAN RADANG

Jika kulit sekitar kuku kelihatan radang dan bengkak, ini mungkin disebabkAn oleh keradangan di bahagian dasar kuku. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan atau disebabkan oleh masalah lupus.

  1. ACRAL LENTIGINOUS MELANOMA

Garis hitam di bawah kuku perlu diselidik dengan segera. Ia mungkin disebabkan oleh melanoma, sejenis kanser kulit yg sangat merbahaya.

  1. KUKU YG DIGIGIT (NAIL BITING)

Menggigit kuku boleh merupakan tabiat bagi setengah orang bila mereka risau dan mempunyai masalah. Eloklah berjumpa dengan doktor utk membincangkan cara utk merawat tabiat ini.

  1. ONCHOMYCOSIS

Ia merupakan jangkitan fungus/yis yg menyebabkan kuku menjadi putih, tebal, opaque dan rapuh. Keadaan kulit yg lembap, diabetes boleh menerukkan lagi keadaan.

  1. KUKU JENIS “CLUBBED “

Kuku jenis ini membengkok ke bawah dan boleh menjadi petunjuk kepada masalah sistemik spt cirrhosis, cystic fibrosis, masalah keradangan usus, dan masalah jantung kongenital.

  1. LEUKONYCHIA STRIATA

Kuku jenis ini mempunyai tompok tompok putih akibat trauma, manicure atau masalah sistemik. Lazimnya, penyebab keadaan ini tidak dapat dikenalpasti.

I2. ONYCHOLYSIS

Kuku yang berwarna putih dah tertanggal dari dasar dan tidak lagi terlekat pada kulit. Ia boleh disebabkan oleh psoriasis , jangkitan fungus dan luka.

  1. PARONYCHIA

Bila bakteria Pseudomonas menyebabkan jangkitan pada kuku, kuku boleh bertukar ke warna hijau kehitaman.

  1. GARIS BEAU

Terdapat satu garis di bhg tengah kuku akibat kuku berhenti tumbuh seketika akibat demam teruk, luka, kemoterapi atau tekanan hidup.

  1. ONYCHOGRYPHOSIS (RAM’s HORN NAILS)

Ini berlaku bila kuku menjadi tebal dan tumbuh ke luar. Ini mungkin merupakan penyakit keturunan atau disebabkan oleh psoriasis, ichthyosis atau masalah pengedaran darah.

  1. KOILONYCHIS (SPOON SHAPED NAILS)

Jika bhg tengah kuku membentuk satu lurah dan kuku mempunyai rupa sudu, ini mungkin disebabkan oleh kekurangan zat besi, kekurangan nutrien, masalah perut atau usus, alah pada gluten (masalah celiac) atau hidup di kawasan beraltitud tinggi.

  1. ONYCHOTILLOMANIA

Jika terdapat lurah dan garis garis di bhg tengah kuku, ini mungkin disebabkan oleh tabiat sering menolak kutikel kuku.