Zura La

saya nak share eczema anak saya.
ijaz eczema sejak umur 25 hari.
pernah sapu steroid.
tapi main sapu je tanpa ilmu.

selepas baca baca dan baca, baru saya faham tentang eczema,steroid,pemakanan etc.
saya terus buat diet no sugar,gluten,dairy,fast food,process food. makan real food.

ada juga beli redoxamin.saya guna tak konsisten.sebab anak sorang lagi sakit,masuk wad.kelam kabut rasanya. emosi saya tak stabil.penat.

eczema Ijaz tak terkawal waktu tu.tambahan dia demam panas,batuk,selsema.
sampai la saya teragak nak order Remdii dengan Dr.Hafiz.

Selepas order trial remdii,saya terus PM prof. OiMing Lai, tunjuk gambar Ijaz. Prof ajar cara guna yang betul.

gambar 11/12/17 tu saya calit sikit hcort kat tepi pipi kiri dia. bahagian lain saya tak letak hcort. saya letak remdii je (nampak tak mama nya fobia ngan steroid 😅).

gambar 12/12/17 banyak nampak beza.saya teruskan sapu remdii macam prof ajar.Hcort tak sapu dah. pemakanan pon saya jaga lagi.

kali terakhir sapu hcort masa 11/12/17 tu. sebelum ni,kalau tak sapu hcort,sehari dua dah meradang balik kulit dia. selepas guna remdii, eczema dia semakin baik. tidur Ijaz semakin lena.

satu lagi, Ijaz mandi air bertapis,mandian dia saya guna cetaphil baby. guna moogoo dengan buds,naik bintik merah.

sekarang eczema saya pulak flare. prof ajar juga cara apply remdii dekat lengan dan siku saya. harap-harap boleh baik macam baby Ijaz.

ibu-ibu yang anak E tengah teruk,jangan panik macam saya dulu ye. rileks,bertenang dan fikir nak rawat anak cara yang mana satu.nak rawat secara natural,buat betul-betul jangan ikut orang. nak guna steroid, guna dengan pengawasan doktor pakar kulit.
semua nak anak sihat kan?

Terima kasih sekali lagi kepada Prof.Oiming Lai, Dr.Kartini,Dr.Hafsah,Dr.Alina dan semua yang selalu berkongsi info dalam group ni.
💋

Date: 23 December 2017
Source: Malaysia Eczema Support Group

Fatmawati Japar

Assalamualaikum
Nak share sedikit ya kawan2 😀

Terlebih dahulu,sy nak ucapkan berbanyak terimak kasih pada Dr OiMing Lai kerana banyak memberi nasihat ttg cara penggunaan Remdii yang betul. Banyak nasihat yang beliau berikan.thanks doc 😘😘

Terima kasih juga pada sis Siti Khadijah Mohd Yaakub kerana memperkenalkan sy pada Redoxmin… sis ni juga la yg banyak membantu sy dalam proses penyembuhan ank saya..million thanks sis 😘😘

untuk dalaman:
. Redoxmin 1.5ml
.vitamin E
.scott emulsion ( color putih )
.mutivitamin yg mengandungi zink
.dan suda pasti nya makan makanan real food
.jus hijau
….pokok pangkal nya mmg kena jaga makan la 😅😅

untuk sapu (luaran)
.Remdii
.vaselin

alhamdulillah..anak sy beransur pulih…terima kasih 😍😍😍

Date: 7 December 2017
Source: Malaysia Eczema Support Group

Noor Hazwani Abdul Rahim

‘Baby of Remdii’
Alhamdulillah. Seusia dengan produk Remdii baby saya Muhammad Izz Zafran semakin menunjukkan reaksi positif dan boleh dikatakan ia hampir sembuh sepenuhnya setelah 3 bulan memakai krim ini. Zafran menghidapi Acute ekzema semenjak berusia 3bulan yang pada awalnya disangka ruam susu biasa. Utk sebulan pertama bayi saya masih mengalami pasang surut ekzema dan mengambil masa yang lama utk pipinya kering kembali. Namun setelah hampiri bulan kedua dan ketiga penggunaan krim ini, pipinya tidak mudah berair dan berdarah lagi. Malahan proses penyembuhan lukanya (ketika ekzema flare up) juga lebih cepat dan hanya mengambil masa kira kira 2 hari sahaja untuk kering. Menjaga bayi yang menghidapi ekzema memerlukan penjagaan rapi malahan pantauan atau pemerhatian terhadap apa yang dimakan atau persekitaran sangatlah penting bagi memastikan ekzemanya tidak ‘flare up’ semula. Segala jenis sayuran dan buahan serta makanan tambahan saya cuba dalam memastikan kesihatannya berada di tahap optima. Terima kasih Prof OiMing Lai kerana sokongan dan nasihat Prof serta nasihat dalam usaha mengatasi ekzema bayi saya. Tidak lupa juga pada Doc Nicholas. Sabun mandian dan juga shampoo banyak membantu dalam penjagaan kulit anak saya. Ketiga2 kombinasi ini (mandian, shampoo dan juga krim Remdii) amatlah bersesuaian dengan anak saya. Terima kasih semua. Saya berharap ibubapa diluar sana dapat mencuba krim ini sebagai salah satu ikhtiar dalam merawat ekzema untuk bayi anda secara semulajadi tanpa steroid dan preservative serta bahan berbahaya yang lain. ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah dengan izinnya..Moga bayi saya sembuh daripada ekzema sepenuhnya di masa akan datang.
Berikut merupakan link utk post terdahulu setelah 2/3 minggu penggunaan Remdii

Date: 5 September 2017
Source: Malaysia Eczema Support Group

Noor Hazwani Abdul Rahim

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. setelah hampir 2 minggu saya menggunakan Remdii utk bayi saya yang berumur 8 bulan sy ingin kongsikan sedikit pengalaman buat semua.. Bayi saya mula mendapat ekzema pada usia 3bulan yang mana pada awalnya doktor menganggap ianya hanyalah sekadar ruam susu. Namun semakin hari ianya makin teruk (Merah, berair,luka, berdarah dan gatal yang teruk). Berbagai rawatan saya usahakan daripada moden hinggakan rawatan tradisional dan petua alami. Meletakkan tepung ubi, air bunga melur, lipstik (kesemua itu petua org2 tua utk ruam susu), krim shaklee herba blend yg tiada steroid, minyak zaitun, minyak kelapa dara, rawatan homeopati, dan sehingga menggunakan krim hydrocort yg mengandungi 1%steroid telah saya usahakan. Kesemua itu tidak memberikan kesan pada anak saya. Malahan menyebabkan ekzema makin teruk berair, berdarah dan merah sentiasa lukanya. Alhamdulillah terbaca mengenai penemuan formula rawatan ekzema oleh Dr OiMing Lai.. saya terus berhubung dengan beliau dan mendapatkan bimbingan penggunaannya bersama dengan Dr Nicholas. Disini saya sertakan rentetan gambar penggunaan Remdii. Dimana pada seawal 2hari penggunaannya luka mulai kering..Dan pada pertengahannya pada hari ke 6 air pada ekzema keluar dengan lebih banyak malahan membuatkan kulit menjadi lebih merah. Mungkin ianya adalah disebabkan healing crisis (harap ada pakar disini dapat terangkan lebih lanjut). Seterusnya selepas keluar air yang banyak, saya lihat kulit yang rosak itu mula tertanggal dan pada hari ke 7 kawasan ekzema mulai kering. Alhamdulillah.. pada hari ke 8 bayi saya menunjukkan reaksi positif kerana lukanya mulia kering dan kesan kulit berwarna merah mulai pudar. Terkini pada 23/6/2017 saya ingin kongsikan pada anda semua bahawa bayi saya mula memperlihatkan petumbuhan kulit baru dan saya dapat lihat dan sentuh pipi bayi saya tanpa kesan basah dan berair lagi :-). Walaupun masih lagi bersisa kesan ekzema namun saya berasa ianya akan hilang jika saya masih konsisten menggunakan remdii.. saya juga berharap ekzema ini tidak akan menyerang bayi saya lagi kerana daripada pemerhatian saya ekzema juga mempunyai pasang surut kejadiannya.. kerana sebelum menggunakan remdii saya perasan dalam seminggu, 3 hari kulit anak saya akan kelihatan elok sedikit namun masih berair dan pada 4-7hari kulit akan jadi lebih teruk merah+berdarah, berair dan gatal. Ianya berlarutan dan berulang ulang setiap minggu (harap pakar dapat terangkan lebih lanjut mengenai pasang surut ekzema).Terima kasih Dr OiMing Lai dan Dr. Nicholas atas penemuan ini dan bimbingan penggunaan Remdii terhadap anak saya. Ini adalah sekadar perkongsian untuk semua 🙂 🙂 :-)..

Date: 23 June 2017
Source: Malaysia Eczema Support Group