Normal saline merupakan nama yang diberi bagi larutan yang terdiri dari 0.9% kepekatan sodium klorida, NaCl (garam) dalam air. Hanya kepekatan sodium klorida ini sahaja yang dikenali sebagai “Normal Saline” sebab osmolaritinya hampir sama dengan osmolariti darah. Definisi “normal saline” ini biasanya digunakan utk produk larutan sodium chloride 0.9% yang digunakan untuk tujuan irigasi tisu badan (body tissue irrigation) dan untuk suntikan.

Normal saline biasa digunakan di hospital atau klinik untuk memberi bendalir kepada pesakit secara intravena (IV), untuk mencairkan ubatan IV dan juga untuk membersih/irigasi (wash out) luka dan tisu organ. Ia boleh juga diguna untuk menggantikan air yang hilang dan elektrolit dalam badan.

Normal saline ini boleh dibeli di farmasi atau di kedai cermin mata kerana larutan ini juga digunakan untuk membasuh kanta pelekap (contact lens).